BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Crying is not only for crybabies and weaklings.Let everything out.anything at all

MY ASSIGNMENT

  TAJUK

   Pengislaman Saudara Baru (MUALAF).

   DISEDIAKAN UNTUK :

   Ustaz Abdul Aziz bin Harjin
   Pensyarah CTU 101

   DISEDIAKAN OLEH :

   Puteri Azyan Binti Megat Abdul Rahman
   No matrik : 2011215718
   Kumpulan : ACD1Fz

   PROGRAM :
   Diploma Sistem Maklumat Perakaunan

   TARIKH HANTAR :
   2 ogos 2011
  
  ISI KANDUNGAN
   TAJUK :
   Pengislaman Saudara Baru (MUALLAF) .

   1. Isi Kandungan
   2. Abstrak
   3. Pendahuluan
   4. Faktor Memeluk Islam
   5. Pengislaman Muallaf
   6. Tentangan Memeluk Islam
   7. Dakwah Dan Harapan
   8. Kesimpulan
   9. Rujukan




   ABSTRAK

   Mualaf adalah orang yang baru memeluk Islam. Mereka termasuk orang-orang yang    berhak menerima zakat. Para mualaf yang telah menyatakan memeluk Islam perlu mendapatkan perlindungan dari saudara antara sesama Muslim. Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan bagaimana cara melindungi mereka.

   Antara masalah yang dihadapi oleh mualaf di Malaysia adalah seperti berkhatan. Masalah ini timbul terutamanya di kalangan orang tua. Selain itu, mereka juga membayangkan rasa tidak puas hati dengan panggilan mualaf kerana mereka berasa seolah-olah Islam itu ada berperingkat-peringkat. Mereka juga takut tersisih dan terpisah daripada keluarga.

   Bagi Jamal Abdullah, dia tidak menyangka akan menganut Islam memandangkan beliau yang datang dari keluarga yang kuat dengan pegangan Hindu.Tetapi lama kelamaan Ibu bapanya tidak membenci dirinya yang telah menukar agama kepada Islam. Alhamdulillah, kehidupan beliau selepas menganut Islam ternyata lebih tenang dan diberkati. Beliau juga sekarang menjadi Penolong Pegawai Agama Islam (Unit Dakwah Saudara Kita),persatuan yang disertai mualaf seluruh Malaysia. Persatuan ini bertindak sebagai tempat rujukan dan berkongsi pendapat tentang sebarang kemusykilan agama.

   Oleh itu, dapat dilihat bahawa saudara baru juga bukanlah sentiasa dibenci dan tidak direstui keluarga pengislamannya seperti yang disangka ramai pihak. Ada sesetengah keluarga yang merestui dan menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada anak mereka untuk memilih jalan hidup yang terbaik. Pihak keluarga dan suami/isteri kepada seseorang mualaf itu juga tidak semestinya tidak boleh berbaik seperti hubungan menantu dan mentua yang lain. Selain itu, seorang mualaf juga boleh berdakwah kepada orang bukan Muslim yang lain untuk mengenal Islam dengan lebih rapat.


   PENDAHULUAN 
   
    Para mualaf yang telah menyatakan memeluk Islam perlu mendapatkan perlindungan dari saudara sesama Muslim. Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan bagaimana cara melindungi mereka. Salah satunya, Rasulullah s.a.w. pernah menolak permintaan kafir Quraisy yang mengharapkan agar beliau mengusir orang-orang yang sedang duduk-duduk bersama beliau. Mereka yang duduk bersama beliau itu adalah para muallaf yang berhak mendapatkan perlindungan dari saudaranya yamg seiman. Rasulullah bersabda,
"Yang dinamakan seorang mukmin ialah, mereka yang mampu memberi keamanan (perlindungan) bagi mukmin lainnya baik kemanan (perlindungan) diri, mahupun hartanya." - Hadis riwayat Ahmad, Tirmidzi, dan al-Haakim
   Zaid bin Harithah yang menjadi anak angkat Rasulullah s.a.w. awalnya adalah seorang muallaf. Rasulullah lah yang mengislamkan Zaid, melindunginya, mengasuhkannya, juga mendidiknya dengan segala kelembutan dan kasih sayang seperti kepada anak sendiri. Begitu pula Salman al-Farisi yang telah masuk Islam di hadapan Rasulullah. Ketika itu, Salman masih berada dalam kekuasaan majikannya. Maka Rasulullah menyatakan, "Mintalah kepada majikanmu agar ia bersedia membebaskanmu dengan menerima wang tebusan" (Khalid Muhammad Khalid, Ibid, halaman 65). Apa yang dilakukan Rasulullah terhadap Zaid dan Salman ini menunjukkan keberpihakkan beliau kepada muallaf yang memerlukan pertolongan dan perlindungan.


   Selain perlindungan, para mualaf juga memerlukan kasih sayang dan hal-hal yang menggembirakan hati mereka. Oleh kerana itulah Rasulullah s.a.w. menyatakan beruntung bagi mereka para muallaf yang telah menyatakan dirinya masuk Islam. Beliau bersabda,
"Sungguh beruntung orang yang masuk Islam dan rezekinya cukup dan merasa cukup dengan apa-apa pemberian Allah kepadanya." - Hadis riwayat Muslim
   Dalam hadith di atas beliau memberikan pernyataan yang menggembirakan dan membesarkan hati para muallaf. Keberuntungan mereka selain telah mendapatkan kasih sayang dari Allah dan Rasul-Nya, juga kasih sayang dari saudara-saudara yang seiman. Mereka juga akan mendapatkan ketenteraman hati dan kebahagian dunia.


   FAKTOR MEMELUK ISLAM



   JAMAL Abdullah, 42, berasal dari Taiping, Perak tidak pernah menyangka suatu hari nanti beliau akan memeluk agama Islam. Apatah lagi, pengetahuannya tentang Islam, sekadar mengetahui bahawa agama tersebut anutan orang Melayu.

   Hidayah itu datang katanya, sewaktu bekerja sebagai pembantu kedai di Jalan Taming Sari, Taiping  dengan seorang peniaga kain yang berasal dari Pakistan.

"Selama tiga tahun saya bekerja dengan Mohd Sultan, barulah saya tahu serba sedikit tentang agama Islam. Hinggakan, ucapan salam sudah terbiasa keluar secara tidak sengaja apabila ada pelanggan yang menyapa saya.

"Saya tidak salahkan mereka, mungkin kerana raut wajah saya tidak mirip pemuda India, agaknya. Jadi kebanyakan mereka menyangka saya beragama Islam.

"Malah setiap kali tiba bulan Ramadan, saya juga turut sama berpuasa seperti mereka. Puasa saya bukanlah dalam erti kata sebenar seperti umat Islam berpuasa, tetapi hanya menahan lapar dan dahaga," cerita Jamal sewaktu ditemui di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor, baru-baru ini.

   Menurut Penolong Pegawai Agama Islam (Unit Dakwah Saudara Kita) ini lagi, sikap mengambil berat majikannya, terbukti apabila beliau sanggup menyediakan tempat tinggal untuk Jamal.

   Selain itu, pada masa sama, hubungan akrab yang terjalin antara Jamal dengan teman-teman sekerja, tidak kira Melayu atau India, akui beliau turut menyumbang banyak ke arah pemahaman, sekali gus penerapan nilai-nilai Islam di dalam diri.

  "Lama-kelamaan, saya semakin faham dan berminat bergelar Muslim. Lebih-lebih lagi, majikan sentiasa menunjuk contoh seorang Muslim yang sebenar serta kerap menunjuk ajar.




   PENGISLAMAN MUALLAF

   "Tanpa banyak soal, saya menyuarakan isi hati untuk memeluk agama Islam dan beliau kemudian membawa saya ke Pejabat Agama Islam di Taiping untuk melakukan pengislaman," terang Jamal yang mengucap dua kalimah syahadah pada 1983.

   Menyambung ceritanya, kata Jamal selepas sah bergelar Muslim, pihak pejabat agama mengesyorkan beliau belajar asas-asas Islam di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Taiping.

   Selama tiga hingga empat bulan mengikuti kelas-kelas anjuran Perkim secara formal, barulah jelas pengertian Islam kepada Jamal, dan secara tidak langsung beliau mengakui penghayatan nur Islam semakin mudah diterima.

   "Apabila saya benar-benar faham akan kebenaran Islam dan jaminan keselamatan dan kebahagiaan bagi umat yang setia dan ikhlas, hati saya berkobar-kobar untuk terus menuntut ilmu."

   "Malah saya mahu, kebenaran Islam ini sampai kepada mereka yang masih belum Islam. Boleh dikatakan kelas Ustaz Hassan Adli tidak pernah saya tinggal. Lantas, saya bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan harapan berdakwah ke jalan yang benar," jelas anak keempat daripada sembilan orang adik-beradik ini.

   Akhirnya, doa Jamal termakbul dan beliau memulakan pengajiannya di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) di Wisma Selangor, Petaling Jaya selama lima tahun dan berjaya menggenggam Sijil Rabi' Sanawi pada 1987.

   Selepas tamat pengajian, Jamal tidak mendapat sebarang tawaran kerja. Oleh kerana itu, beliau tekun dan sabar melakukan apa sahaja kerja di Pejabat Agama Islam Negeri Ipoh, sebelum dilantik sebagai Pegawai Mualaf di Pejabat Agama Islam Sungai Manggis, Kuala Langat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 1992.

   Pada 2000, beliau bertukar ke PAID Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru sehingga kini.

   Menurut Jamal, setiap kali cuti beliau pulang ke kampung dengan hasrat menggunung mahu berdakwah kepada ahli keluarga terdekat lebih dahulu. Berpegang teguh bahawa agama Islam adalah satu agama yang universal, beliau berazam menjelaskan kekeliruan keluarga yang menganggap masuk Islam, bererti sudah menjadi Melayu.

   "Agama Islam dan Hindu ada persamaan, terutamanya dari segi adat perkahwinan dan makanan. Yang menjadi penekanan saya, ialah dari aspek akidah atau kepercayaan yang perlu dijelaskan kepada mereka.




   TENTANGAN MEMELUK ISLAM

   Pada peringkat awal pemelukan beliau dalam Islam, hampir keseluruhan ahli keluarga tidak bersetuju, marah dan kecewa dengan tindakannya yang dianggap menconteng arang. Mereka mengatakan, Jamal sudah hilang identiti bangsa asalnya apabila masuk Islam. Kini, beliau bukan lagi orang India tetapi telah bertukar menjadi orang Melayu.

   Sungguhpun agama Islam telah dimiliki, namun minat untuk mendalami agama Islam tidak pernah luntur dalam hati ini. Menyorot kembali hubungan kekeluargaan yang keruh seketika, cerita Jamal, kerenggangan yang wujud tidak lama, setakat setahun.


   Utusan surat daripada keluarga mengatakan ibu sakit merupakan helah keluarga untuk melihat anak mereka kembali. Insiden ini membuktikan kefahaman keluarga di atas prinsip dan pegangan agama Jamal serta tanda terhapusnya penentangan mereka. Malahan setiap kali saya balik ke kampung, ibu meminta saya menyembelihkan ayam.      


   Selain itu, ibu bapa lebih selesa berunding terlebih dahulu dengan saya untuk meminta nasihat. Malah saya dapat rasakan bahawa Islam telah banyak merubah cara hidup dan menjadikan saya seorang anak yang lebih bertanggungjawab terhadap orang tua kita,'' kata Jamal dan menambah, perubahan sikapnya memukau ibu bapa jika dibandingkan dengan anak-anak mereka yang lain.

   Ia selaras dengan penekanan Islam dalam soal akidah, syariah dan akhlak. Menjaga akhlak yang baik merupakan salah satu kaedah terbaik dan berkesan dalam usaha berdakwah. Selagi kita berpegang dengan ajaran Islam, insya-Allah, setiap cabaran dan masalah yang melanda dapat diatasi dengan petunjuk daripada Allah s.w.t.

   Hampir separuh usia Jamal dihabiskan dengan kerja-kerja menyampaikan dakwah, terutamanya di kalangan saudara baru dan mereka yang baru berjinak-jinak dengan agama Islam. Maka tidak hairanlah harapan menggunung beliau agar di kalangan bukan Islam di negara ini menerima Islam sebagai pegangan hidup mereka.

   Ini kerana Islam adalah satu-satunya agama yang menjamin keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat,'' pohon Jamal ikhlas.




   DAKWAH DAN HARAPAN

   "Hakikatnya, tugas berdakwah akan menjadi lebih mudah sekiranya kita bukan sahaja mahir dengan ilmu agama Islam tetapi dalam masa sama, perlu menguasai dan faham dengan agama-agama lain.

   "Melalui Ustaz Mohd Fitri yang dahulunya seorang sami, saya banyak mempelajari selok-belok perbandingan agama, dan sekali gus memudahkan kita berdakwah," terang Jamal yang mula berminat dengan bidang dakwah selepas mengikuti pengajian di IDIP.

   Akui Jamal lagi, berdakwah dengan bukan ahli keluarga lebih mudah berbanding keluarga sendiri. "Kalau boleh saya mahu semua umat di dunia ini beragama Islam. ini kerana, Islam adalah agama yang syumul, lengkap dan sesuai pada semua zaman.

   "Lantaran itu, saya berkeyakinan sekiranya teknik atau kaedah berdakwah diubah, pasti ia dengan mudah sampai kepada sasarannya. Kita kena ambil contoh bagaimana perjuangan Rasulullah s.a.w. menegakkan syiar Islam.

   "Setakat kuantiti sahaja tidak mencukupi kerana jumlah yang ramai itu sekadar pada nama. Hanya dengan ilmu akan melahirkan keyakinan, sayang, cinta kepada Islam. Lantaran itu, walau seberat mana rintangan yang mendatang, kita pasti berani mengharunginya kerana telah nampak kebenaran Islam," tegas beliau mengenai kepentingan menuntut ilmu dalam membina kekuatan dalaman seseorang saudara baru itu.


   KESIMPULAN

   Kesimpulannya, kehidupan beliau sebagai seorang muallaf  perlu mengharungi pelbagai onak dan duri. Pembelajaran beliau yang berterusan (tanpa pembelajaran formal tentang islam) dari mana-mana institusi pendidikan menunjukkan semangat juang yang tinggi terhadap kecintaan beliau kepada Allah SWT. Kita sebagai umat islam yang azali perlu mencontohi semangat perjuangan & keistiqamahan beliau. Sekian, wabillahhitaufiq walhidayah wassalammua’laikum wbt. Sekian.

   RUJUKAN

   Muhsin MK, (2004). Menyayangi Dhuafa. Jakarta: Gema Insani Press.

   ms.wikipedia.org/wiki/Mualaf





0 comments: